Wednesday, March 20, 2024

SEMINAR LITURGI PAROKI OLOF BELURAN 2024













































BELURAN - Seminar Liturgi Paroki Our Lady of Fatima, Beluran telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2024. Seminar ini dianjurkan oleh Komiti Liturgi Majlis Pastoral Paroki Our Lady of Fatima, Beluran. Penceramah bagi seminar ini ialah sdr. Neil Mah, dari Komisi Liturgi, Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Ramai peserta-peserta yang datang dari Gereja St. Paul, Ulu Dusun, Sandakan, Gereja St. Anthony, Bukit Garam, Kinabatangan, Gereja St. Emmanuel, Jaya Bakti, Chapel Nativity Pelantong dan Gereja Our Lady of Fatima, Beluran yang hadir ke seminar yang julung kali diadakan di Beluran. Pendaftaran peserta mulai jam 4.30 petang pada 15.03.2024, kemudian ibadat Jalan Salib pada jam 5.30 petang dan disusuli Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr. Stephen Esquerra. Selepas selesai Misa ialah makan malam, diikuti persembahan lagu-lagu pujian dan taklimat suai kenal. Pada hari kedua, bermula dengan doa pagi, sesi bergambar, sarapan pagi kemudian persembahan lagu-lagu pujian, jam 8.00 pagi sesi ceramah pertama iaitu 'Kenapa Perayaan Hari Minggu?'. Rehat pada jam 10, kemudian sambung dengan sesi kedua dengan tajuk 'Bahagian-Bahagian Misa Kudus'. Pada sebelah jam 2 petang, sesi bertajuk 'Pemilihan Lagu-Lagu Misa Kudus'. Sesi malam jam 7pm ialah persediaan Misa Kudus di mana koir dan pembaca sabda menjalani praktikal. Pada keesokan harinya jam 8.30pagi bermula dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr. Stephen Esquerra. Selesai Misa Kudus, berehat sebentar kemudian disambung semula sesi dengan lagu-lagu pujian sebelum sesi Q & A seterusnya. Sesi tamat pada tengah hari dengan doa penutup kemudian makan tengah hari.  

Peserta memberi fokus sepanjang sesi ceramah sebab ceramah beliau amat menarik dan kebanyakan peserta menyatakan minat untuk belajar Liturgi Perayaan Misa Kudus. Sering kali dalam perkongsian peserta menyatakan inilah kali pertama mereka mengetahui tatacara upacara Misa Kudus yang betul khususnya dalam bahagian liturgi sabda dan liturgi ekaristi. Setiap pelayan gereja seperti pembaca sabda, pemazmur, koir, warden, altar boys, EM, pembawa persembahan, komentator, dan umat ada peranan masing-masing dalam liturgi sabda, lagu rohani yang sesuai dinyanyikan dalam Misa Kudus, cara menyambut, melayan umat dan sebagai, ada peraturan yang harus diikuti dan difahami. Sesungguhnya keseluruhan Misa Kudus itu adalah upacara misteri penyelamatan umat. Oleh sebab itu, sebagai umat Katolik haruslah datang ke gereja setiap hari minggu dan berpartisipasi dalam upacara Misa Kudus termasuklah mendengar sabda Allah dan menerima komuni agar ada penyelamatan dalam diri mereka.