Saturday, May 22, 2010

DERMA DARAH




22 Mei 2010 - Komiti Badan Amal, MPUK Gereja Our Lady of Fatima, Beluran telah mengadakan Kempen Menderma Darah dari kalangan umat Katolik di Beluran. Unit Bergerak Perkhidmatan Transfusi Darah dari Hospital Beluran telah dijemput untuk menjalankan tugas mengambil darah yang diadakan di Dewan Gereja bermula jam 8 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Seramai 17 orang umat Katolik telah menderma darah pada hari tersebut. Kempen Derma Darah ini diadakan 2 kali dalam setahun sebagai satu aktiviti amal bagi Gereja Our Lady of Fatima. Kempen seterusnya akan diadakan pada 21 Ogos nanti.

Sunday, May 9, 2010

PERAYAAN PESTA KAAMATAN
























Perayaan Pesta Kaamatan ke-VI peringkat Paroki Katedral St.Mary, Sandakan telah diadakan pada 1-2 Mei 2010, bertempat di Gereja Our Lady of Fatima, Beluran.
Tema Perayaan ialah “BUDAYA BERKOMUNITI BERPUSATKAN KRISTUS”. Perayaan seperti Kaamatan merupakan satu perayaan yang menghimpunkan umat dari pelbagai kaum, bahasa dan budaya. Melalui perayaan seperti ini, komuniti digerakkan untuk membudayakan ajaran Kristus – bahawa Dia-lah pokok untuk ranting dan kepala bagi tubuh. Tema ‘ Budaya Berkomuniti Berpusatkan Kristus’ menganjurkan agar komuniti yang berhimpun melalui perayaan ini benar-benar sedar dan mahu menjadikan Kristus sebagai PUSAT bagi komuniti tersebut dan harus direalisasikan melalui perayaan komuniti seperti ini.
Pada 1 Mei 2010, pelbagai acara sukaneka telah diadakan yang disertai oleh empat buah gereja iaitu Katedral St. Mary, Gereja St. Mark, Gereja St. Paul dan Gereja Our Lady of Fatima. Suasana bertambah meriah dengan kehadiran Bapa Uskup Julius D. Gitom dan Rev. Fr. Thomas Makajil. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah lumba rampanau, selipar gergasi, berlari dalam guni, mipulos, melastik, menyumpit dan tarik tali. Acara dibahagikan kepada kategori kanak-kanak dan kategori dewasa.

Pada 2 Mei 2010, pagi dimulai dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil. Suasana penuh adat tradisi dengan rombongan gabungan empat gereja berpakaian suku kaum Kadazandusun dan upacara simbolik menuai padi oleh Paderi bersama 4 orang pemimpin gereja. Pada sebelah petang dipenuhi dengan acara persembahan koir gabungan, tarian tradisi, pertandingan mitagunggu, pondok tradisi, panjat tiang licin, mipulos akhir, tarik tali akhir dan cabutan tiket bertuah. Gerai-gerai menjual pelbagai makanan dan minuman. Ratusan pengunjung telah datang menyaksikan dan memeriahkan lagi pesta kaamatan ini. Johan keseluruhan acara sukaneka ialah Gereja Our Lady of Fatima. Gereja St. Paul telah diumumkan sebagai tuan rumah Perayaan Pesta Kaamatan ke-VII peringkat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan pada tahun depan. Acara Perayaan Pesta Kaamatan diakhiri dengan doa penutup yang dipimpin oleh Rev. Fr. Thomas.

PEMBAPTISAN KANAK-KANAK







18.04.2010 Upacara Pembaptisan seramai 15 orang kanak-kanak yang dibaptis oleh Deacon David yang disaksikan oleh ibu bapa bersama penanggung masing-masing.

GOTONG ROYONG







17.04.2010 Gotong-royong oleh semua AJP Perayaan Pesta Kaamatan dan belia Gereja OLOF Beluran sebelum menjelang tiba Perayaan Pesta Kaamatan Ke-VI peringkat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan di Gereja Our Lady of Fatima, Beluran pada 1-2 Mei 2010.

Saturday, May 8, 2010

HARI SABTU BESAR (HOLY SATURDAY)







3 April 2010 - Dimulai dengan upacara pemberkatan api dan Lilin Paska di perkarangan gereja yang dirayakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil bersama ratusan umat Katolik. Lima calon baptis dan tiga calon pembaharuan iman. Misa Kudus Sabtu Paska dirayakan dalam suasana yang penuh kegirangan dan kesyukuran kerana Tuhan telah bangkit!

JUMAAT AGUNG (GOOD FRIDAY)








2 April 2010 - Upacara Hari Jumaat Agung yang dipimpin oleh Deacon David. Umat mencium salib tanda penghormatan salib, memperingati sengsara dan wafat Yesus di kayu salib.

Tuesday, May 4, 2010

LAWATAN FR. PHILIP MUJI KE GEREJA OLOF BELURAN










Gambar semasa perayaan Misa Hari Minggu Ke-5 Musim Puasa oleh Fr. Philip pada 21 Mac 2010 di Gereja OLOF Beluran.

Turut kelihatan dalam gambar ialah calon-calon baptis bersama penanggung masing-masing.

Gambaran gerai jualan di luar gereja yang menjual pelbagai kuih, minuman, sayur-sayuran segar dan bermacam-macam lagi.

KERASULAN WANITA KATOLIK




Mesyuarat Kerasulan Wanita Katolik (KWK) OLOF Beluran bersama perwakilan KWK dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan yang diadakan di bilik mesyuarat Rumah Paderi, Gereja OLOF Beluran pada 31 Januari 2010.

Sakramen Penyambutan Pertama







Gambaran Sakramen Penyambutan Pertama Pelajar Sekolah Minggu di Gereja Our Lady of Fatima, Beluran, pada 31 Januari 2010 yang dirayakan bersama oleh Rev. Fr. Thomas Makajil.