Friday, January 1, 2010

BENGKEL PENULISAN & FOTOGRAFI DI DIOSIS SANDAKAN







SANDAKAN - Bengkel Penulisan dan Fotografi julung kali diadakan pada 7 dan 8 November 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Diosis Sandakan bertemakan "The Missionary You".
Di dalam ucapan Bapa Uskup, Julius Dusin Gitom, bahawasanya penulisan dan fotografi amat penting di dalam penginjilan masa kini. Bengkel ini telah dianjurkan oleh 'Diocesan Social Communication Commisson (SOCCOM) yang dipengerusikan oleh saudara Terrence Ngui dan dihadiri oleh 40 orang peserta dari 3 paroki iaitu Sandakan, Lahad Datu dan Telupid.
Pihak penganjur telah menjemput 2 orang penceramah iaitu saudara Lawrence John dari Cahayasuara Communication Centre dan saudari Karen Arukesamy dari The Sun. Saudara Lawrence mewakili Archdiocese Kuala Lumpur telah menyerahkan beberapa dokumen asas kepada Bapa Uskup sebagai buku panduan untuk membentuk Komuniti Penulisan dan Fotografi di Diosis Sandakan.



No comments:

Post a Comment